rela44

rela44

Selasa, 11 Januari 2011

Kawalan Keselamatan Majlis

Kami RELA Platun Kota Lama Kanan mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan penduduk Kota Lama Kanan yang sudi menjemput kami bagi mengawal keselamatan majlis tuan-tuan dan puan-puan sepanjang tahun 2010 yang lalu. Inilah antara tujuan penubuhan dan ianya telah dapat dijayakan dengan kerjasama ahli Rela dan penduduk setempat. Bagi yang ingin mengadakan majlis dan memerlukan kawalan keselamatan, sila berhubung dengan Ketua Platun, En. Mohd Zabri.

Silat Tempur

Platun RELA G0331 bekerjasama dengan Persatuan Belia Era Wawasan Kota Lama Kanan telah menganjurkan Kelas Belajar Silat Tempur. Gelanggang silat ini dibuat berhampiran Dewan Orang Ramai Kg. Kandang Hilir. Ahli RELA dan ahli belia dijemput hadir belajar dan untuk keterangan lanjut sila bertemu dengan Kopral Subawira Sulaiman.