rela44

rela44

Khamis, 15 April 2010

MAKLUMAN : Kursus Pengenalan RELA

Pada 24 April 2010 hari Sabtu, akan diadakan kursus RELA di Dewan Orang Ramai Kg. Kandang Hulu, Kota Lama Kanan, pukul 1.00 tengahari sehingga 6.00 petang. Kursus ini diuruseliakan oleh Pejabat RELA Daerah Kuala Kangsar.
Semua ahli-ahli RELA Platun Kota Lama Kanan di minta hadir. Pendaftaran adalah percuma. Peserta kursus akan mendapat sijil kursus. Sila hadir kursus wajib ini sebelum menghadiri kursus-kursus RELA yang lain. Kerjasama semua ahli amatlah diharapkan.
- Kopral Tadbir

Operasi Mat Rempit


Platun Kota Lama Kanan telah berjaya menahan sejumlah mat rempit yang telah melarikan diri dari pihak Polis yang membuat rondaan. Penahanan tersebut di atas kerjasama Ketua Kampung dan penduduk setempat yang melaporkan kepada anggota RELA yang sedang membuat rondaan.
Kerjasama sebegini diharapkan akan berterusan demi keselamatan kampung.

Operasi mencari orang hilang


RELA Platun Kota Lama Kanan telah melibatkan diri dengan operasi mencari orang hilang di Kampung Batang Kulim, Kota Lama Kanan. Terlibat sama dengan operasi tersebut ialah Pasukan Polis Kuala Kangsar, Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan RELA Daerah Kuala Kangsar.

Selasa, 23 Februari 2010

Anggota Sedang Bertugas Membuat Rondaan


Rondaan oleh beberapa anggota dalam beberapa kumpulan bagi memantau keselamatan kampung dan pencegahan jenayah. Komitmen dari anggota platun amat menggalakkan. Syabas..

Sabtu, 30 Januari 2010

Selasa, 19 Januari 2010

Penubuhan Platun G0331 Kota Lama Kanan





Tanggal 10hb. Januari 2010 adalah hari bersejarah bagi penduduk setempat kerana dengan kehadiran Leftenan Kolonel Zulkifli Daud, Pegawai RELA Daerah Kuala Kangsar bersama Mejar Radzuan Ramli, Penolong Pegawai RELA Daerah dan Ketua Perhubungan RELA Mukim (KPRM) Kapten Ahmad Sufian Ismail dilengkapi pula oleh kehadiran Ketua Kampung Kandang Hulu, En. Ali Alang Damit dan sejumlah anggota RELA maka telah tertubuhlah RELA Platun G0331 Kota Lama Kanan. Platun ini beroperasi bagi 3 kampung iaitu Kg. Kandang Hulu, Kg. Kandang Hilir dan Kg. Kota Lama Kanan. Pada hari tersebut juga bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Kandang hulu telah dipilih Ketua Platun, Penolong Ketua Platun, Kopral Tadbir, 3 Ketua Syeksen dan 3 Penolong Ketua Syeksen. Keahlian RELA adalah seramai lebih kurang 50 anggota. Doakan semoga kewujudan RELA ini memberikan manfaat bagi penduduk setempat. Amiin.